Isnin, 10 Disember 2018

BBM3410/18: Masa Itu Emas.


Sepanjang dua belas minggu mengabil kursus ini, kami telah melaksanakan pelbagai tugasan. Tugasan-tugasan yang telah kami lakukan adalah sangat mencabar, seperti Video One Shoot, Video Shoot Two Layer dan Three Layer, serta Video Tanpa Wajar. Bukan itu sahaja, kami juga perlu menulis blog dan memuat naik gambar ke Instagram sebanyak tiga kali untuk seminggu. Bukan itu sahaja, kami juga perlu mencipta calendar untuk tahun depan dengan menggunakan Photoshop, dan akhirnya ialah memuat naik post ke Twitter dan Facebook. Oleh itu, gambar-gambar yang ditunjuk adalah sebagai bukti saya menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan.

Prof Normaliza, sangat terima kasih beliau sudi membuka kuota untuk saya mengamil kursus ini. Walaupun saya bukan pelajar bachelor sastera, tetapi beliau tetap mengambil ambil dan sayang saya. Terima kasih, Prof ^^  Semoga beliau selalu gembira dan gembira.

Bukan prof sahaja, saya juga mahu mengucap terima kasih kepada semua senior kursus ini kerana sudi bercampur dan berkawan dengan saya. Saya sangat bersyukur kerana dapat mengenali semua senior yang baik. Terima kasih, abang dan akak, semoga anda semua berjaya, dan sihat pada masa depan.


Facebook Post (Mingg 12)







Gambar Yang Prof Pernah Like Di Instagram







 Twitter





























BBM3410/18: Hasil Kalendar dan Kelas Terakhir BBM 3410

Pada hari ini, iaitu 12/10/2018, nasib baik saya dapat sembuh ssikit pada hari, jadi saya seperti biasa pergi kuliah BBM3410. Tetapi, pada kuliah hari ini, saya berasa sangat istimewa kerana saya dapat berasa kelas ini adalah sangat "warmly". 

Semasa kuliah, Prof Normaliza memuji setiap kumpulan dengan mengatakan video yang dihasilkan oleh setiap kumpulan adalah sangat baik dan menarik. Prof sangat suka video setiap kumpulan . Selepas kuliah ini, kami semua mengambil gambar dengan Prof Normaliza. 

































Rabu, 5 Disember 2018

BBM3410/18: Video Tanpa Wajar

Pada minggu 11, video yang perlu kami ambil ialah Video Tanpa Wajar. Dalam video tanpa wajar, terdapat beberapa perkara penting yang kami perlu memberi perhatian. Antara perkara ialah:

1. Tidak boleh menunjukkan muka dalam video.
2. Kami perlu menfokus kepada satu objek dalam video ini.
3. Perlu edit video ini kerana banyak scene perlu potong dan edit.
4. Storyline perlu jelas, menarik dan lancar, tidak boleh bergantung.
5. Storyline perlu logik dan munasabah.

Pada pandangan  saya, saya berasa sangat gembira kerana saya merupakan watak utama dalam video ini (waalaupun tak dapat tunjuk muka). Tetapi, saya juga sangat bersyukur kerana dapat mempunyai pengalaman tersebut. Oleh itu, saya akan berusaha untuk mempersembah dengan baik dalam video seterusnya.


Link Video Tanpa Wajar:
https://www.youtube.com/watch?v=miwOPOce6O8

BBM3410/18: Video One Shot

Dalam Video One Shot, terdapat beberapa perkara penting yang perlu kami memberi perhatian. Antaranya ialah:

1. Setkan kamera dengan kekal di satu tempat, jangan bergeraknya semasa rekam video.
2. Semua ahli perlulah menyanyi lagu yang dipilih ( mulut mimik)
3. Tidak perlu edit video kecuali credit.
4. Tidak perlu melakon.

Link Video One Shot: https://www.youtube.com/watch?v=lPDKtFOZ5QQ




Untuk Vido One Shot Two Layer pula, walaupun terdapat perkara yang perlu kami memberi perhatian, tetapi perkara-perkara tersebut agar berbeza dengan Video One Shot. Oleh itu, perkara-perkara penting uang kami memberi perhatian adalah:

1. Setkan kamera dengan kekal di satu tempat, jangan bergeraknya semasa rekam video.
2. Semua ahli perlulah menyanyi lagu yang dipilih ( mulut mimik)
3. Tidak perlu edit video kecuali credit.
4. Kami perlu melakon menyesuaikan dengan sitausi lagu.
5. Lebih baik memilih latar belakang yang tidak bergerak untuk merakam video ini, seperti dalam          bilik supaya tidak jadi Video One Shot Three Layer.

Link Video One Shot Two Layer: https://www.youtube.com/watch?v=_-h-vagrx4U



Selain itu, untuk Video One Shot Three Layer pula, perkara yang kami perlu memberi perhatian adalah:
1. Setkan kamera dengan kekal di satu tempat, jangan bergeraknya semasa rekam video.
2. Semua ahli perlulah menyanyi lagu yang dipilih ( mulut mimik)
3. Tidak perlu edit video kecuali credit.
4. Kami perlu melakon menyesuaikan dengan sitausi lagu.
5. Lebih baik memilih latar belakang yang bergerak untuk merakam video ini, seperti dekat tepi jalan (kerata bergerak), taman permainan (pokok bergoyang) supaya tidak jadi Video One Shot Two Layer.

Link Video One Shot Three Layer: https://www.youtube.com/watch?v=msZ_n0F6S-8




Selepas merakam Video One Shot, Video One Shot Two Layer dan Video One Shot Three Layer, saya dapat membezakan apa yang beza dan apa yang perlu memberi perhatian semasa merakam video.

BBM3410/18: Papan Cerita

Pada minggu sembilan, tugasan kami adalah kami menyiapkan papan cerita, iaitu setiap kumpulan perlulah mencipta satu e-majalah. Dalam e-majalah tersebut,setiap kumpulan hendak mengandungi satu produk yang ingin dipromosi. Oleh itu, untuk kumpulan saya, produk yan ingin kami promosi dalam e-majalah ini ialah baju. 

Dalam e-majalah ini, kami juga perlu memberi perhatian kepada perkara-perkara tersebut:

1. Perlu mempunyai 10 muka surat.
2. Setiap orang perlu menyiapkan satu muka surat.
3. Gambar mestilah lukis dengan tangan, tak boleh print dari Internet.
4. Tulisan juga sama, setiap orang perlulah menulis dengan tangan, tak boleh guna komputer.
5. Muka depan mestilah nama kumpulan.
6.. Setiap muka surah (di bawah kanan) perlulah adalah QUOTE (bersama dengan citation).
7. Perlu hantar pada hari jumaat sebelum 2pm.



Bahagian yang telah saya lakukan ialah baju sukan lelaki. Semasa melakukan tugasan ini, cabaran yang paling besar untuk saya adalah melukis kerana saya  tak pandai melukis sejak kecil. Oleh itu, saya telah menghabiskan sebanyak 2 jam untuk melukis 4 helai baju. Walau bagaimanapun, saya tetap menyiapkan bahagian saya dengan baik.

BBM3410/18: Asas Grafit


Dalam tugasan Asas Grafik , kami perlu mengguan gambar-gambar yang sedia ada dalam majalah lama untuk menyiapkan tugasan ini. Kami perlu mencari lima gambar yang sesuai dalam majalah supaya dapat menyesuaikan dengan lima tema yang yang ditetapkan oleh Prof Normaliza. Tema yang ditatapkan oleh Prof adalah Warna, Keseimbangan, Kesesuaian, Text dan Mudah. Gambar untuk setiap tema perlulah mengikut syarat-syarat tertentu.

Untuk tema Warna, syarat-syarat adalah:
1. Gambar perlulah mempunyai warna yang cantik dan menarik.
2. Gambar boleh fokus pada apa-apa objek, tak kira pemandangan, benda ataupun orang.


Untuk tema keseimbangan pula, syara-syarat adalah:
1. Gambar tersebut perlulah nampak harmoni, bermaksud kira dan kanan perlu seimbang, atas dan           bawah juga perlu seimbang.
2. Gambar pemandangan lebih sesuai untuk tema ini.

Untuk tema kesesuaian pula, syarat-syarat adalah:
1. Gambar ini perlulah nampak dengan sesuai dan logik.
2. Contohnya, gambar sebuah epal di dalam bakul. Situasi ini adalah logik dan biasa.

Untuk tema Text, syarat-syarat adalah:
1. Perlu mempunyai tulisan dalam gambar tersebut.
2. Gambar tentang produk promosi agar sesuai untuk tema ini.

Untuk tema Mudah pula, syarat-syarat adalah:
1. Gambar dapat nampak dengan jelas.
2. Gamba mudah difaham oleh orang., seperti gambar sebuah epal.



Kesimpulannya, ilmu yang saya dapat adalah tahu bagaimana membezakan jenis-jenis gambar dalam majalah. 

Jumaat, 16 November 2018

BBM3410/18: Bosan Sangat Minggu Ini.


Sebenarnya, saya mempunyai beberapa tugasan yang perlu lakukan pada minggu ini. Tetapi, saya masih tiada mood nak lakukan tugasab-tugasan itu. Oleh itu, saya pun ajak kawan pergi ke shoping mall untuk window shapping sahaja supaya saya tidak akan rasa bosan dan membuatkan mood saya jadi lebih baik.  

            Pada hari sabtu ini, saya sudah ajak kawan pergi ke The Mine Shopping, tetapi, dia ada hal kecermasan perlu lakukan. Oleh itu, gathering kami terpaksa dibatalkan dan saya pun juga terpaksa tinggal di dalam kolej lah. Haizzz!

            Disebabkan tiada tempat yang saya boleh pergi, saya pun tinggal dalam bilik kediaman kolej sahaja dan menonton wayang dan drama dalam bilik je lah, tak pergi mana-mana pun. Aiyo! Weekend minggu ini sangat bosan lah! Saya nak keluar jalan-jalan! Siapa nak ajak saya?

(T_T)





BBM3410/18: Pengalaman Yang Tidak dapat Dilupakan.


Pada hari khamis dan hari jumaat minggu ini (15/11/2018 dan 16/11/2018), ahli kumpulan kami telah berkumppul bersama untuk membincang tugasan minggu ini. Oleh iu, kami telah berkumpul di Dewan Putra 2, Koleh Serumpun untuk membincang lagu yang kami ingin guna untuk video kami ini dan juga membincangkan tanggungjawab masing-masin dalam video ini.

            Dalam perbincangan dua hari ini, kami telah membuat banyak latihan, seperti menghafal lirik lagu, mengingat gerakan badan untuk menari tarian dan melakon mengikut suasana lagu. Saya dan ahli kumpulan telah memghabis banyak masa untuk melaksanakan tugasan ini. Oleh itu, kami sangat berharap bahawa Prof Normaliza boleh minati video kumpulam kami.

            Kesimpulannya, saya sangat hargai pengalaman mencipta video kerana saya dapat menjalin hubungan yang lebih rapat dengan ahli kumpulan.






BBM3410/18: Pembentangan yang berjaya.


Pada kuliah minggu 9, iaitu 12/11/2018, aktiviti yang dijalankan dalam kelas adalah Pembentangan One Shoot Video. Setiap kumpulan perlulah menayangkan video masing-masing dalam pembentangan tersebut. Dalam video tersebut, kami perlulah menyanyi satu lagu Melayu dan juga perlulah menari mengikut melodi lagu tersebut.

            Selepas pembentangan tersebut, Saya berasa sangat gembira kerana Prof memuji video kumpulan saya. Selepas itu, Prof Normaliza telah memberi komen kepada setiap kumpulan supaya mereka dapat  membetulkan kesilapan dengan segera. Bukan itu sahaja, Prof Normaliza juga ada memberi tugasan yang perlu kami lakukan pada minggu ini.

            Untuk tugasan minggu ini, Prof Normaliza telah menyuruh kami mengambil satu One Shoot Video Two Layer. Prof juga ada memberi sikit penjelasan tentang video ini supaya kami boleh menghasilkan video ini dengan lebih baik dan lebih menarik.

Link Video:

Rabu, 14 November 2018

BBM3410/18: Saya Sebagai Seorang Guru Online^^


Pada hari khamis, iaitu (15/11/2018), kelas amali untuk mata pelajaran Multimedia Dalam Bahasa telah dibatalkan. Walau bagaimanapun, kami perlulah menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah kita, iaitu Prof Normaliza.

            Untuk tugasan hari ini, Prof meminta kami merakam satu video tentang bagaimana kami mencipta kalendar sendiri dengan menggunakan aplikasi Photoshop. Dalam Video tersebut, kami perlulah menunjuk proses kami mencipta satu calendar dengan teliti dan jelas.

            Selain itu, kami juga perlulah memuat naik video tersebut kepada blog masing-masing sebagai satu bukti supaya Pro Normaliza dapat memeriksa dan menlai video kita dengan berkesan dan cepat.

            Selepas saya rakam video tersebut, saya baru perasan sebagai seorang guru memanglah susah sebab mereka perlu menyediakan banyaak benda untuk setiap kelas yang berbeza-beza. Oleh itu, saya akan mendengar kuliah dengan lebih fous pada masa depan.



LINK VIDEO:

https://youtu.be/Ke7jY30pWgs


Dalam video tak nampak muka saya. Oleh itu, add on gambar ini untuk anda semua. Hahaha^^

Jumaat, 9 November 2018

BBM3410/18: Kepentingan Kunci Bilik Penginapan Kolej


Pada hari jumaat minggu ini, iaitu 9/11/2018, saya telah belajar satu pengajaran. Pengajaran tersebut adalah kepentingan kunci bilik penginapan kolej untuk seorang mahasiswa.

            Pada hari jumaat, selepas saya menyiapkan tugasan BBM 3410, iaitu memuat naik gambar ke Instagram, saya ingin nak pergi mandi. Oleh itu, saya pun pergi mandi. Selepas saya mandi, saya pun seperti biasa nak balik ke bilik penginapan kolej saya. Tiba-tiba, saya baru perasan saya lupa bawa kunci bilik semasa keluar dari bilik. Adoihai, inilah kali pertama saya lupa bawa kunci bilik kolej.

            Pada masa itu, saya sangat malu, sebab saya baru pakai seluar sahaja, saya tak pakai baju. Oleh itu, saya pun cepat pergi bilik coursemate saya supaya minta bantu daripadanya. Malangnya, dia sudah balik kampung. Perrrr, balik kampung (monolog).

            Selepas itu, saya minta banu daripada senior di bilik sebelah saya. Saya pinjam telefonnya dan menelefon kepada pekerja PJSD. Selepas saya menunggu satu jam setengah tanpa memakai baju, pekerja PJSD baru sampai untuk buka pintu untuk saya. Haiz, kesian saya, ada bilik macam tiada bilik ni.


           

BBM3410/18: Kenangan Yang Manis Dengan Coursemates.


Pada hari khamis minggu ini, iaitu 8/11/2018, saya berasa sangat gembira. Hal ini disebabkan hari tersebut adalah Hari Jadi coursmates saya. Oleh itu, saya dapat melepak dengan mereka. Hahaha !

            Pada Hari Jadi mereka, saya dan coursemates lain telah menyediakan banyak surprise kepada mereka. Pertama sekali, kami telah mencipta satu banner untuk mereka. Bukan itu sahaja, kami telah mengantung banner tersebut di bus stop falkuti kami iaitu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Apabila mereka nampak banner tersebut, mereka sangat terkejut dan terharu.

            Selain itu, kami juga menipu mereka pergi IOI City Mall. Saya dan coursemates memberitahu mereka akan menyambut Hari Jadi mereka di IOI City Mall. Apabila mereka sampai ke sana, kami baru memberitahu mereka gathering tersebut sudah batalkan kerana tiba-tiba ada kelas ganti.

            Apabila mereka nak balik UPM, kami tiba-tiba muncul dan memberi mereka satu surprise lagi. Pada masa itu, mereka dua orang berasa sangat gembira kerana semua coursemates dapat berkumpul bersama.

            Pada masa bukan mereka berasa gembira sahaja, sebenarya saya juga sangat gembira kerana masa yang bahagia ini tidak akan kekal lama kerana kami akan tamat pengajian tak lama lagi. oleh itu, saya sangat bersyukur dan gembira saya mempunyai coursemates yang baik dalam universiti.





BBM3410/18: Pensyarah Saya Muncul Dalam Rancangan Televisyen


Minggu ini adalah minggu lapan untuk kuliah kami. Pada kuliah minggu ini, Prof Normaliza telah membatalkan kelas atas persetujuan semua pelajar. Walaupun kelas telah dibatalkan, tetapi kami juga perlu menyiapkan tugasan dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh Prof Normaliza.

            Pada tugasan minggu ini, Prof mahu kami menonton satu rancangan televisyen yang bertajuk “TV Al-Hijrah”. Melalui rancangan televisyen tersebut, kami perlulah memberi perhatian kepada satu bahagian temu bual, iaitu bahagian temu bual yang tentang “Martabat Bahasa Melayu dan Keharmonian Kaum”.

            Melalui bahagian ini, kami perlulah mendengar isi-isi penting yang dalam program temu bual ini, kami juga perlulah mengambil gambar Prof Normaliza. Hal ini kerana Prof Normaliza ialah para tetamu program ini. Oleh itu, kami perlulah mendengar rancangan televisyen ini dengan teliti.

            Selepas itu, kami juga perlulah memuat naik gambar-gambar tersebut ke Instagram supaya Prof dapat menilai tugasan kami dengan cepat dan berkesan.











Jumaat, 2 November 2018

BBM3410/18: Masa Yang Saya Sangat Hargai.



Pada minggu ini, saya berasa sangat gembira kerana saya dapat berehat di rumah sepanjang satu minggu. Sepanjang minggu ini, saya telah melakukan banyak aktviti yang saya gemari pada masa lapang.
            Pada minggu ini, saya telah menyiapkan tugasan dan kerja kursus dengan segera dan berkesan. Selepas itu, saya akan bersama dengan ahli keluarga pergi ke supermarket membeli barang keperluan. Walaupun perkara ini adalah perkara yang agar biasa dalam kehidupan setiap orang, tetapi untuk saya adalah perkara yang agar bahagia, kerana saya dapat bertemu dan membantu ibu saya mengangkat benda yan berat seperti beras dan minyak.

            Bukan itu sahaja, perkara yang membuat saya berasa gembira juga adalah saya dapat menonton drama yang ditayang dalam televisyen. Hal ini disebabkan saya sudah selama 7 minggu tiada menonton ransangan dan drama televisyen.

            Oleh itu, saya sangat hatgai  masa rehat ini kerana ia dapat membantu saya melepaskan tekanan belajar dan membolehkan saya mengisi masa dengan ahli keluarga. 

BBM3410/18: Aku sangat aktif dalam Twitter^^


Minggu ini merupakan minggu cuti pertengahan semester. Oleh itu, kuliah minggu ini telah dibatalkan dan saya tidak perlu pergi kuliah. Cerita baik untuk saya adalah saya dapat berehat di kumpung sepanjang satu minggu.

            Walaupun minggu ini saya dapat berehat di kumpung sendiri, tetapi saya masih perlu menyiapkan banyak kerja kursus dan membuat ulangkaji semasa minggu ini. Salah satu tugasan yang perlu saya laksanakan adalah memuat naik satu post kepada akaun Twitter baru saya.

            Tambahan pula, selepas saya memuat naik post itu ke Twitter, Prof Normaliza mengatakan bahawa kami juga perlulah Retweet post orang lain, sekurangnya satu kawan. Bukan itu sahaja, Prof juga mengatakan kami perlulah screenshots atau ambil satu gambar sebagai bukti dan gambar itu perlulah memuat naik ke Blog masing-masing.







BBM3410/18: Pengalaman kali pertama


Pada hari khamis minggu 7, iaitu 25/10/2018, saya dan ahli kumpulan telah merakam “One Shot Video” di Bilik Kotak Hitam (BlackBox),Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.

            Pada hari itu, saya dan ahli kumpulan berkumpul di Bilik Kotak Hitam pada jam 9 pagi. Selepas semua ahli sampai, kami mula merakam video kita dengan segera. Lagu merdu yang kumpulan saya pilih ialah “Hajat”, dan lagu ini adalah sangat popular dan masa kini kerana penyanyi asal untuk lagu ini ialah Hael Husaini.

            Kumpulan saya telah merekam sebanyak 5 kali untuk tugasan ini. Hal ini kerana kami mahu menyiapakan tugasan ini dengan cemerlang. Sebenarnya, setiap hasil rakaman kumpulan saya adalah baik, tetapi kumpulan saya tetap merakam banyak kali kerana kami ingin melaksanakan setiap tugasan dengan cermerlang.

            Oleh itu, melalui beberapa kali usaha kami, akhirnya kami dapat menghasilkan sebuah video yang agar memuaskan.








Jumaat, 26 Oktober 2018

BBM3410/18: Belum Try, Belum Tau (Melakon).


Pada hari khamis minggu ini iaitu (25/10/2018), saya bersama dengan kawan saya telah menyertai satu persatuan universiti yang bernama Persatuan Zhong Hua Kelas Drama dan Sketch. Aktiviti untuk persatuan ini akan mengadakan pada setiap hari khamis, bermula dari jam 7.30pm hingga jam 10.30pm di Sanggar Bahasa, FBMK.

            Mulai, pengerusi persatuan tersebut telah melakukan senaman bersama dengan kami untuk memanaskan badan. Tujuan memanaskan panas adalah untuk membolehkan kami dapat melakukan sesuatu pergerakan yang agar susah untuk aktiviti yang seterunya.

            Selepas memanakan badan, aktiviti tentang “pergerakan pantas” telah diadakan. Dalam aktiviti ini, kami akan dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai sebanyak 7 orang. Tujuan aktiviti adalah untuk melatih pergerakan kami menjadi semakin cepat dan pantas.

            Selepas itu, aktiviti melakon telah diadakan. Pegerusi telah memberi tajuk dan situasi yang menarik kepada setiap kumpulan, dan setiap kumpulan perlula melakon mengikut apa tajuk dan situasi yang diberi oleh pengerusi. Aktiviti ini agar menarik saya kerana ia dapat melatih pergerakan kami secara spontan dan dapat melatih keyakinan dan keberanian kami untuk melakon di depan banyak orang.

Oleh itu, saya berasa sangat gembira dalam aktiviti ini kerana saya dapat mencuba sesuatu banda yang menarik dan saya tidak pernah mencuba pada masa dulu.



BBM3410/18: Sia-sia Je, Penatlah Aku


Pada hari jumaat minggu ini (26/10/2018), Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, iaitu Prof. Dr. Abdul Mu’ati@Zamri Ahmad telah mengadakan satu ceramah yang bertajuk Komunikasi dan Jati Diri: Meengkomunikasi Kehebatan Silang Demi Membina Kegemilangan Masa Hadapan di Dewan Persidangan, Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa (CALC),Universiti Putra Malaysia. Ceramah ini bermula pada pukul 9.30 am.

            Pada hari ini, saya hendak pergi ke kelas ganti terlebih dahulu,selepas kelas ganti saya baru dapat pergi ke ceramah tersebut. Kelas ganti saya bermula pada jam 8.15am dan tamat pada jam 9.15am di Dewan Kuliah 2. 

            Selepas kelas ganti saya, saya terpaksa berlari dari dewan kuliah 2 pergi kepada CALC. Malangnya, semasa saya sampai ke CALC, ceramah tersebut sudah bermula, dan tempat duduk juga telah penuh. Oleh itu, saya dan kawan terpaksa balik selepas kami sign attendance.

            Walau bagaimanapun, saya dan kawan juga mengambil satu gambar semasa berada di sana supaya gamar ini dapat menjadi benda yang membukti kami pernah menghadir ke ceramah tersebut.





BBM3410/18: Tugasan Yang Paling Senang ^^


Pada kuliah minggu ini (21/10/2018), aktiviti yang dijalankan dalam kelas adalah Pembentangan Penceritaan Gambar. Setiap kumpulsn perlulah menayangkan satu video dalam pembentangan tersebut.

            Dalam video itu, gambar-gambar yang diambil oleh setiap kumpulan perlulah bermakna, iaitu setiap gambar tersebut perlulah berkaitan dengan simpulan bahasa dan gambar tersebut perlulah mudah difahami oleh orang lain.

            Selepas pembentangan tersebut, Prof Normaliza telah memberi komen kepada setiap kumpulan supaya mereka dapat  membetulkan kesilapan dengan segera. Bukan itu sahaja, Prof Normaliza juga ada memberi tugasan yang perlu kami lakukan semasa mingu cuti.

            Untuk tugasan cuti, prof menyuruh kami mengambil 10 gambar tentang kampung masing-masing. Selepas itu, gambar tersebut juda hendaklah muat naik ke Instagram. Bukan itu sahaja, setiap pelajar juga hendak memberi komen kepada kawan melalui Twitter.

Link Youtube:
https://youtu.be/VP6EPdFToHc

Khamis, 18 Oktober 2018

BBM3410/18: Photoshop! Photoshop? Photoshop^^


Pada hari khamis minggu ini (18/10/2018),  kelas amali untuk kursus BBM3410 telah mengajar kami teknik menggunakan aplikasi Photoshop. Pertama sekali, pembantu Prof Normaliza telah memberi masa untuk kami memuat turun aplikasi Photoshop. 

Seterusnya, pembantu Prof Normaliza telah menjelaskan tugasan yang perlu kami lakukan untuk kuliah ini. Oleh itu, tugasan  minggu ini adalah menghasilkan satu kalender meja dengan menggunakan aplikasi Photoshop. Dia telah mengajar kami tentang teknik mencipta kalendar baru melalui penggunaan aplikasi Photoshop. Bukan itu sahaja,  pembantu Prof juga ada menunjuk ajar terhadap kami jika kami menghadapi sebarang masalah. Dia juga membetulkan dan memberi nasihat kepada kami supaya kami dapat melaksanakan tugasan ini dengan berkesan. Selepas kami mencipta gamabr latar belakang kalendar tersebut, pembantu Prof akan datang menyemak dan menilai tugasan kami. 

Pada pandangan saya, saya rasa kelas amali tersebut sangat bermakna dan berguna. hal ini disebabkan kami dapat belajar satu kemahiran yang baru. 





BBM3410/18: Baca dan Hafal Je Lah. Pening 2.0


Minggu ini adalah minggu ke-6. Minggu ini juga merupakan minggu peperiksaan untuk semua mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM). Saya juga tidak dikecualikan. Minggu ini, saya akan mengambil ujian sebanyak tiga kali. Peninglah aku ni.

Dalam semua mata pelajaran, saya amat risau dan takut kursus bahasa perancis. Hal ini disebabkan tahap bahasa perancis yang telah saya ambil adalah tahap dua. Dalam tahap dua, banyak perbendaharaan kata perlu kami belajar. Bukan itu sahaja, banyak sebutan yang perlu kami sebut dengan betul dan jelas. Inilah amat sukar untuk saya.

Walaupun saya amat risu dan takut mata pelajaran ini, tapi saya tetap nak ambil ujian ini. Oleh itu, cara mengatasi emosi negatif saya adalah belajar dan membuat ulangkaji dengan cukup dan berkesan. Saya akan menggunakan sebanyak 30 minit untuk membuat ulang kaji mata pelajaran ini. Oleh itu, saya sangat berharap mata pelajaran ini saya boleh mendapat keputusan yang baik.



BBF 2402

BBM3410/18: Pening Tetapi Bermakna.


Pada kuliah minggu ini, tugasan yang diberi oleh Prof Normaliza agar mencabar untuk saya. Prof Normaliza telah menyuruh kita membuka satu akaun Twitter baru, memuat turun aplikasi Photoshop, muat naik sebanyak 3 gambar ke Instagram dan menyediakan satu pembentangan tentang penceritaan gambar.

Tujun Prof menyuruh kami membuka satu akaun twitter baru dan muat naik 3 gambar ke instagram adalah memberi peluang kepada kami untuk berkomunikasi dengan orang lain melalui saluran yang berbeza. Manakala, tujuan memuat turun aplikasi photoshop adalah melatih kami mencipta serta membuat satu kalendar meja.

Walau bagaimanapun, tugasan menyediakan pembentangan tentang pemceritaan gambar amat sukar untuk saya. Hal ini disebabkan setiap kumpulan perlulah memilih sebanyak 10 simpulan bahasa. Selepas itu, setiap kumpulan perlulah mengambil gambar yang berkait dengan makna simbulan bahasa yang dipilih tersebut. Bukan itu sahaja, kami juga perlulah muat naik gambar-gambar tersebut ke youtube dengan music instrumental Melayu dan setiap kumpulan perlulah membentang tugasan ini semasa kuliah minggu depan.



Mandi Peluh



Buah Tangan


Curi Tulang


Angkat Bahu


 Buku Lima


Angkat Kening


Barang Kemas


Perut Kosong