Jumaat, 2 November 2018

BBM3410/18: Masa Yang Saya Sangat Hargai.



Pada minggu ini, saya berasa sangat gembira kerana saya dapat berehat di rumah sepanjang satu minggu. Sepanjang minggu ini, saya telah melakukan banyak aktviti yang saya gemari pada masa lapang.
            Pada minggu ini, saya telah menyiapkan tugasan dan kerja kursus dengan segera dan berkesan. Selepas itu, saya akan bersama dengan ahli keluarga pergi ke supermarket membeli barang keperluan. Walaupun perkara ini adalah perkara yang agar biasa dalam kehidupan setiap orang, tetapi untuk saya adalah perkara yang agar bahagia, kerana saya dapat bertemu dan membantu ibu saya mengangkat benda yan berat seperti beras dan minyak.

            Bukan itu sahaja, perkara yang membuat saya berasa gembira juga adalah saya dapat menonton drama yang ditayang dalam televisyen. Hal ini disebabkan saya sudah selama 7 minggu tiada menonton ransangan dan drama televisyen.

            Oleh itu, saya sangat hatgai  masa rehat ini kerana ia dapat membantu saya melepaskan tekanan belajar dan membolehkan saya mengisi masa dengan ahli keluarga. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan