Khamis, 18 Oktober 2018

BBM3410/18: Pening Tetapi Bermakna.


Pada kuliah minggu ini, tugasan yang diberi oleh Prof Normaliza agar mencabar untuk saya. Prof Normaliza telah menyuruh kita membuka satu akaun Twitter baru, memuat turun aplikasi Photoshop, muat naik sebanyak 3 gambar ke Instagram dan menyediakan satu pembentangan tentang penceritaan gambar.

Tujun Prof menyuruh kami membuka satu akaun twitter baru dan muat naik 3 gambar ke instagram adalah memberi peluang kepada kami untuk berkomunikasi dengan orang lain melalui saluran yang berbeza. Manakala, tujuan memuat turun aplikasi photoshop adalah melatih kami mencipta serta membuat satu kalendar meja.

Walau bagaimanapun, tugasan menyediakan pembentangan tentang pemceritaan gambar amat sukar untuk saya. Hal ini disebabkan setiap kumpulan perlulah memilih sebanyak 10 simpulan bahasa. Selepas itu, setiap kumpulan perlulah mengambil gambar yang berkait dengan makna simbulan bahasa yang dipilih tersebut. Bukan itu sahaja, kami juga perlulah muat naik gambar-gambar tersebut ke youtube dengan music instrumental Melayu dan setiap kumpulan perlulah membentang tugasan ini semasa kuliah minggu depan.



Mandi Peluh



Buah Tangan


Curi Tulang


Angkat Bahu


 Buku Lima


Angkat Kening


Barang Kemas


Perut Kosong



Tiada ulasan:

Catat Ulasan