Jumaat, 2 November 2018

BBM3410/18: Aku sangat aktif dalam Twitter^^


Minggu ini merupakan minggu cuti pertengahan semester. Oleh itu, kuliah minggu ini telah dibatalkan dan saya tidak perlu pergi kuliah. Cerita baik untuk saya adalah saya dapat berehat di kumpung sepanjang satu minggu.

            Walaupun minggu ini saya dapat berehat di kumpung sendiri, tetapi saya masih perlu menyiapkan banyak kerja kursus dan membuat ulangkaji semasa minggu ini. Salah satu tugasan yang perlu saya laksanakan adalah memuat naik satu post kepada akaun Twitter baru saya.

            Tambahan pula, selepas saya memuat naik post itu ke Twitter, Prof Normaliza mengatakan bahawa kami juga perlulah Retweet post orang lain, sekurangnya satu kawan. Bukan itu sahaja, Prof juga mengatakan kami perlulah screenshots atau ambil satu gambar sebagai bukti dan gambar itu perlulah memuat naik ke Blog masing-masing.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan