Pada hari jumaat
minggu ini, iaitu 9/11/2018, saya telah belajar satu pengajaran. Pengajaran
tersebut adalah kepentingan kunci bilik penginapan kolej untuk seorang
mahasiswa.
Pada
hari jumaat, selepas saya menyiapkan tugasan BBM 3410, iaitu memuat naik gambar
ke Instagram, saya ingin nak pergi
mandi. Oleh itu, saya pun pergi mandi. Selepas saya mandi, saya pun seperti
biasa nak balik ke bilik penginapan kolej saya. Tiba-tiba, saya baru perasan
saya lupa bawa kunci bilik semasa keluar dari bilik. Adoihai, inilah kali
pertama saya lupa bawa kunci bilik kolej.
Pada
masa itu, saya sangat malu, sebab saya baru pakai seluar sahaja, saya tak pakai
baju. Oleh itu, saya
pun cepat pergi bilik coursemate saya supaya minta bantu daripadanya. Malangnya,
dia sudah balik kampung. Perrrr, balik kampung (monolog).
Selepas itu, saya minta
banu daripada senior di bilik sebelah saya. Saya pinjam telefonnya dan
menelefon kepada pekerja PJSD. Selepas saya menunggu satu jam setengah tanpa
memakai baju, pekerja PJSD baru sampai untuk buka pintu untuk saya. Haiz,
kesian saya, ada bilik macam tiada bilik ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan