Rabu, 5 Disember 2018

BBM3410/18: Papan Cerita

Pada minggu sembilan, tugasan kami adalah kami menyiapkan papan cerita, iaitu setiap kumpulan perlulah mencipta satu e-majalah. Dalam e-majalah tersebut,setiap kumpulan hendak mengandungi satu produk yang ingin dipromosi. Oleh itu, untuk kumpulan saya, produk yan ingin kami promosi dalam e-majalah ini ialah baju. 

Dalam e-majalah ini, kami juga perlu memberi perhatian kepada perkara-perkara tersebut:

1. Perlu mempunyai 10 muka surat.
2. Setiap orang perlu menyiapkan satu muka surat.
3. Gambar mestilah lukis dengan tangan, tak boleh print dari Internet.
4. Tulisan juga sama, setiap orang perlulah menulis dengan tangan, tak boleh guna komputer.
5. Muka depan mestilah nama kumpulan.
6.. Setiap muka surah (di bawah kanan) perlulah adalah QUOTE (bersama dengan citation).
7. Perlu hantar pada hari jumaat sebelum 2pm.



Bahagian yang telah saya lakukan ialah baju sukan lelaki. Semasa melakukan tugasan ini, cabaran yang paling besar untuk saya adalah melukis kerana saya  tak pandai melukis sejak kecil. Oleh itu, saya telah menghabiskan sebanyak 2 jam untuk melukis 4 helai baju. Walau bagaimanapun, saya tetap menyiapkan bahagian saya dengan baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan