Jumaat, 9 November 2018

BBM3410/18: Kenangan Yang Manis Dengan Coursemates.


Pada hari khamis minggu ini, iaitu 8/11/2018, saya berasa sangat gembira. Hal ini disebabkan hari tersebut adalah Hari Jadi coursmates saya. Oleh itu, saya dapat melepak dengan mereka. Hahaha !

            Pada Hari Jadi mereka, saya dan coursemates lain telah menyediakan banyak surprise kepada mereka. Pertama sekali, kami telah mencipta satu banner untuk mereka. Bukan itu sahaja, kami telah mengantung banner tersebut di bus stop falkuti kami iaitu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Apabila mereka nampak banner tersebut, mereka sangat terkejut dan terharu.

            Selain itu, kami juga menipu mereka pergi IOI City Mall. Saya dan coursemates memberitahu mereka akan menyambut Hari Jadi mereka di IOI City Mall. Apabila mereka sampai ke sana, kami baru memberitahu mereka gathering tersebut sudah batalkan kerana tiba-tiba ada kelas ganti.

            Apabila mereka nak balik UPM, kami tiba-tiba muncul dan memberi mereka satu surprise lagi. Pada masa itu, mereka dua orang berasa sangat gembira kerana semua coursemates dapat berkumpul bersama.

            Pada masa bukan mereka berasa gembira sahaja, sebenarya saya juga sangat gembira kerana masa yang bahagia ini tidak akan kekal lama kerana kami akan tamat pengajian tak lama lagi. oleh itu, saya sangat bersyukur dan gembira saya mempunyai coursemates yang baik dalam universiti.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan