Jumaat, 9 November 2018

BBM3410/18: Pensyarah Saya Muncul Dalam Rancangan Televisyen


Minggu ini adalah minggu lapan untuk kuliah kami. Pada kuliah minggu ini, Prof Normaliza telah membatalkan kelas atas persetujuan semua pelajar. Walaupun kelas telah dibatalkan, tetapi kami juga perlu menyiapkan tugasan dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh Prof Normaliza.

            Pada tugasan minggu ini, Prof mahu kami menonton satu rancangan televisyen yang bertajuk “TV Al-Hijrah”. Melalui rancangan televisyen tersebut, kami perlulah memberi perhatian kepada satu bahagian temu bual, iaitu bahagian temu bual yang tentang “Martabat Bahasa Melayu dan Keharmonian Kaum”.

            Melalui bahagian ini, kami perlulah mendengar isi-isi penting yang dalam program temu bual ini, kami juga perlulah mengambil gambar Prof Normaliza. Hal ini kerana Prof Normaliza ialah para tetamu program ini. Oleh itu, kami perlulah mendengar rancangan televisyen ini dengan teliti.

            Selepas itu, kami juga perlulah memuat naik gambar-gambar tersebut ke Instagram supaya Prof dapat menilai tugasan kami dengan cepat dan berkesan.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan