Jumaat, 26 Oktober 2018

BBM3410/18: Sia-sia Je, Penatlah Aku


Pada hari jumaat minggu ini (26/10/2018), Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, iaitu Prof. Dr. Abdul Mu’ati@Zamri Ahmad telah mengadakan satu ceramah yang bertajuk Komunikasi dan Jati Diri: Meengkomunikasi Kehebatan Silang Demi Membina Kegemilangan Masa Hadapan di Dewan Persidangan, Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa (CALC),Universiti Putra Malaysia. Ceramah ini bermula pada pukul 9.30 am.

            Pada hari ini, saya hendak pergi ke kelas ganti terlebih dahulu,selepas kelas ganti saya baru dapat pergi ke ceramah tersebut. Kelas ganti saya bermula pada jam 8.15am dan tamat pada jam 9.15am di Dewan Kuliah 2. 

            Selepas kelas ganti saya, saya terpaksa berlari dari dewan kuliah 2 pergi kepada CALC. Malangnya, semasa saya sampai ke CALC, ceramah tersebut sudah bermula, dan tempat duduk juga telah penuh. Oleh itu, saya dan kawan terpaksa balik selepas kami sign attendance.

            Walau bagaimanapun, saya dan kawan juga mengambil satu gambar semasa berada di sana supaya gamar ini dapat menjadi benda yang membukti kami pernah menghadir ke ceramah tersebut.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan