Khamis, 18 Oktober 2018

BBM3410/18: Photoshop! Photoshop? Photoshop^^


Pada hari khamis minggu ini (18/10/2018),  kelas amali untuk kursus BBM3410 telah mengajar kami teknik menggunakan aplikasi Photoshop. Pertama sekali, pembantu Prof Normaliza telah memberi masa untuk kami memuat turun aplikasi Photoshop. 

Seterusnya, pembantu Prof Normaliza telah menjelaskan tugasan yang perlu kami lakukan untuk kuliah ini. Oleh itu, tugasan  minggu ini adalah menghasilkan satu kalender meja dengan menggunakan aplikasi Photoshop. Dia telah mengajar kami tentang teknik mencipta kalendar baru melalui penggunaan aplikasi Photoshop. Bukan itu sahaja,  pembantu Prof juga ada menunjuk ajar terhadap kami jika kami menghadapi sebarang masalah. Dia juga membetulkan dan memberi nasihat kepada kami supaya kami dapat melaksanakan tugasan ini dengan berkesan. Selepas kami mencipta gamabr latar belakang kalendar tersebut, pembantu Prof akan datang menyemak dan menilai tugasan kami. 

Pada pandangan saya, saya rasa kelas amali tersebut sangat bermakna dan berguna. hal ini disebabkan kami dapat belajar satu kemahiran yang baru. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan