Minggu ini adalah minggu ke-6. Minggu
ini juga merupakan minggu peperiksaan untuk semua mahasiswa Universiti Putra
Malaysia (UPM). Saya juga tidak dikecualikan. Minggu ini, saya akan mengambil
ujian sebanyak tiga kali. Peninglah aku ni.
Dalam semua mata pelajaran, saya amat
risau dan takut kursus bahasa perancis. Hal ini disebabkan tahap bahasa
perancis yang telah saya ambil adalah tahap dua. Dalam tahap dua, banyak perbendaharaan
kata perlu kami belajar. Bukan itu sahaja, banyak sebutan yang perlu kami sebut
dengan betul dan jelas. Inilah amat sukar untuk saya.
Walaupun saya amat risu dan takut mata
pelajaran ini, tapi saya tetap nak ambil ujian ini. Oleh itu, cara mengatasi
emosi negatif saya adalah belajar dan membuat ulangkaji dengan cukup dan
berkesan. Saya akan menggunakan sebanyak 30 minit untuk membuat ulang kaji mata
pelajaran ini. Oleh itu, saya sangat berharap mata pelajaran ini saya boleh
mendapat keputusan yang baik.
BBF 2402
Tiada ulasan:
Catat Ulasan