Rabu, 3 Oktober 2018

BBM3410/18: Penuhnya Tugasan BBM3410 ^^

Pada minggu ini, Prof Normaliza telah mengagihkan dua tugasan kepada kami, iaitu tugasan kumpulan dan tugasan individu. 

Untuk tugasan kumpulan, kami perlu mengambil pelbagai gambar yang berkaitan dengan Mugshot, Long Shot, Medium Shot, Potret, Bird's eye view dan Over The shoulder. Selepas itu, kami hendaklah muat naik gambar yang ditetapkan ke Instagram. Bukan itu sahaja, kami juga perlulah "H Tag" name prof dengan menulis pelbagai kapsyen daripada buku 200 Quotes. Hal ini supaya Prof dapat menilai tugasan kami dengan cepat. 

Untuk tugasan individu pula, kami perlulah membaca  Topik 1 dalam buku teks Boom With Social Media serta menyiapkan satu laporan ringkas tentang media sosial. Dalam laporang ringkas tersebut, kami perlu menghuraikan persepsi sendiri tentang jennis-jenis media sosial zaman kini serta bagaimanalah media sosial tersebut mambantu kami dalam pembelajaran di universiti.

                                                               Contoh Gambar Potret

Tiada ulasan:

Catat Ulasan