Khamis, 27 September 2018

BBM3410/18: Hasilan Yang Habiskan Masa Setengah Hari


Pada hari ini, saya berasa sangat letih. Walau bagaimanapun, saya juga berasa sangat gembira. Hal ini disebabkan saya telah menghabiskan banyak masa untuk menyiapkan sebuah hasilan yang bermakna. Pada kuliah hari ini, Prof Normaliza telah mengagihkan tugasan kepada kami. Bliau juga menjelaskan apa yang hendak kami buat supaya kami dapat melaksana tugasan ini dengan teliti dan baik. Selepas itu, Prof juga mengagihkan satu tugasan lagi kepada kami, iait kami perlulah menggunakan majalah untuk mencari gambar-gambar yang mempunyai sifat mudah, kesesuaian, keseimbangan, text dan warna. Selepas itu, gambar-gambar yang telah kami cari perlu tampal di atas mounting board. Walaupun tugasan ini cuma mencari gambar dan tampal gambar sahaja, tetapi tugasan ini juga dapat melantih kami sebagai seorang jurugambar yang lebih profesional.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan