Pada hari rabu (10/19/2018), saya berasa sangat
gembira kerana saya telah berjaya menukar bilik penginapan kolej. Saya bertukar
dari bilik 124 ke bilik 113. Terdapat beberapa sebab menyebabkan saya terpaksa
menukar bilik.
Antara
sebab ialah suasana bilik penginapan terlalu bising dan kotor. Jiran saya selalu
menghisap rokok menyebabkan udara penuh dengan asap. Keadaan ini akan
menjejaskan kesihatan saya dengan secara tidak langsung. Oleh itu, saya baru
membuat keputusan untuk menukar ke bilik lain.
Selain
itu, kawan sebilik saya tidak menjaga kebersihan bilik. Sebenarnya, kawan
sebilik saya suka membuang bendanya merata-rata. Dia tidak suka mengemas bilik.
bukan itu sahaja. Dia juga suka menonton drama sampai pukul 2am. Situasi ini telah
menyebabkan saya tidak berfokus pada kuliah hari esok. Dengan sebab-sebab yang
sebegitu, saya terpaksa menukar bilik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan