Rabu, 3 Oktober 2018

BBM3410/18: Pesta Makanan Tradisional Melayu

Pada 5 September 2018, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan satu aktiviti yang bertajuk Pesta Makanan Tradisional Melayu. Aktiviti Pesta Makanan berada di Muzium Warisan Melayu, iaitu berada di sebelah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM. Aktiviti ini bermula pada 8 pagi hinggalah 5 petang. 

Selepas saya habis kuliah pada hari tersebut, saya juga menghadir ke aktiviti itu. Semasa saya sampai ke sana,  suasana adalah sangat meriah. Banyak gerai menjual makanan dan minuman yang sedap dekat sana. Pada masa itu, saya berasa sangat gembira kerana saya belum makan sarapan pagi. Oleh itu, saya dan kawan telah membeli pelbagai makanan dan mimuman sebagai sarapan kami.

Selain itu, wartawan dari TV 3 telah menghadiri ke Muzium Warisan Melayu untuk membuat rakaman siaran. Oleh itu, saya dan kawan pun pura-pura berdiri di sebelah kamera supaya dapat masuk ke dalam berita nanti.

Tambahan pula, Chef Selebriti, Dr. Muhammad Shahrim Karim juga datang ke sana untuk menunjuk ajar cara masakan kepada semua orang. Bukan itu sahaja, Putra FM juga berada di sana untuk siaran secara lansung. oleh itu, saya berasa  aktiviti ini dapat dijalan dengan sangat hebat dan berjaya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan