Rabu, 10 Oktober 2018

BBM3410/18: Sudut Sangat Penting Untuk Setiap Gambar



Pada kuliah minggu ini, Prof memjelaskan tugasan online dalam kelas. Beliau telah mengatakan tugasan yang kami hantar tidak mengikut arahannya. Oleh itu, kebanyakan tugasan telah dipadam olehnya. Seterusnya, beliau telah menjelaskan dengan kami cara yang betul untu melaksanakan tugasan supaya kita tidak akan melakukan kesalahan yang sama pada masa depan.

            Selain itu, Prof Normaliza juga telah mengajar kami tentang teknik-teknik mengambil gambar Flatlay, Zero Flatlay, Half Flatlay dan Quarter Flatlay. Beliau telah menjelaskan sudut mengambil gamabr adalah sangat penting. Hal ini kerana sudut mengambil gambar akan menjejaskan kecantikan gambar tersebut. Bukan itu sahaja, sudut yang salah juga akan menyebabkan gambar itu dinampak tidak seimbang.

            Selepas itu, saya dan ahli kumpulan bermula mengambil gambar Flatlay, Zero Flatlay, Half Flatlay dan Quarter Flatlay di kawasan sekeliling Dewan Zaba. Kumpulan saya telah menyiapkan tugasan ini dan muat naik gambar-gambar tersebut kepada Instagram pada masa yang ditetapkan oleh Prof.





Gambar ini menunjukkan proses penghasilan tugasan minggu ini. 




Gambar Quarter Flatlay



Gambar Zero Flatlay



Gambar Flaylay



Gambar Half Flatlay

Tiada ulasan:

Catat Ulasan