Rabu, 3 Oktober 2018

BBM3410/18: Saya Pun Boleh Jadi Wartawan?

Untuk Semester ini, saya telah mengamabil satu kursus yang bernama Teknik Pengumpulan Dan Penulisa Berita (KOJ 3435). Kursus ini diajar oleh Dr Akmar Hayati. 

Semasa kuliah minggu pertama sampai minggu ketiga, saya seperti biasa pergi ke kuliah. Selepas habis kelas, saya pun balik ke kolej. Oleh itu, berasa kursus ini agar mementingkan teori sahaja. Tetapi, selepas kuliah hari ini, saya sudah mengubah pemikiran saya, saya sangat suka kursus ini. 

Pada hari ini, selepas Dr Akmar menghabiskan kuliahnya, beliau telah memanggil saya dan kawan keluar ke hadapan. Saya dan kawan berasa terkejut kerana tiba-tiba dipanggil oleh Dr Akamr. Kami berdua pun pergi ke depan. Rupanya, Dr Akamr suruh kami berlakon di depan, iaitu seorang jadi wartawan, lagi seorang jadi mangsa bencana alam. Daripada lakonan kami, Dr Akmar berharap dapat membantu kami bbetulkan cara dan teknik mengumpul maklumat supaya kami dapat menulis sebuah berita yang baik. 

Mulai kelas pagi tadi, saya berasa kuliah KOJ 3435 adalah kulia yang sangat bermakna dan seronok.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan