Rabu, 5 Disember 2018

BBM3410/18: Video Tanpa Wajar

Pada minggu 11, video yang perlu kami ambil ialah Video Tanpa Wajar. Dalam video tanpa wajar, terdapat beberapa perkara penting yang kami perlu memberi perhatian. Antara perkara ialah:

1. Tidak boleh menunjukkan muka dalam video.
2. Kami perlu menfokus kepada satu objek dalam video ini.
3. Perlu edit video ini kerana banyak scene perlu potong dan edit.
4. Storyline perlu jelas, menarik dan lancar, tidak boleh bergantung.
5. Storyline perlu logik dan munasabah.

Pada pandangan  saya, saya berasa sangat gembira kerana saya merupakan watak utama dalam video ini (waalaupun tak dapat tunjuk muka). Tetapi, saya juga sangat bersyukur kerana dapat mempunyai pengalaman tersebut. Oleh itu, saya akan berusaha untuk mempersembah dengan baik dalam video seterusnya.


Link Video Tanpa Wajar:
https://www.youtube.com/watch?v=miwOPOce6O8

BBM3410/18: Video One Shot

Dalam Video One Shot, terdapat beberapa perkara penting yang perlu kami memberi perhatian. Antaranya ialah:

1. Setkan kamera dengan kekal di satu tempat, jangan bergeraknya semasa rekam video.
2. Semua ahli perlulah menyanyi lagu yang dipilih ( mulut mimik)
3. Tidak perlu edit video kecuali credit.
4. Tidak perlu melakon.

Link Video One Shot: https://www.youtube.com/watch?v=lPDKtFOZ5QQ




Untuk Vido One Shot Two Layer pula, walaupun terdapat perkara yang perlu kami memberi perhatian, tetapi perkara-perkara tersebut agar berbeza dengan Video One Shot. Oleh itu, perkara-perkara penting uang kami memberi perhatian adalah:

1. Setkan kamera dengan kekal di satu tempat, jangan bergeraknya semasa rekam video.
2. Semua ahli perlulah menyanyi lagu yang dipilih ( mulut mimik)
3. Tidak perlu edit video kecuali credit.
4. Kami perlu melakon menyesuaikan dengan sitausi lagu.
5. Lebih baik memilih latar belakang yang tidak bergerak untuk merakam video ini, seperti dalam          bilik supaya tidak jadi Video One Shot Three Layer.

Link Video One Shot Two Layer: https://www.youtube.com/watch?v=_-h-vagrx4U



Selain itu, untuk Video One Shot Three Layer pula, perkara yang kami perlu memberi perhatian adalah:
1. Setkan kamera dengan kekal di satu tempat, jangan bergeraknya semasa rekam video.
2. Semua ahli perlulah menyanyi lagu yang dipilih ( mulut mimik)
3. Tidak perlu edit video kecuali credit.
4. Kami perlu melakon menyesuaikan dengan sitausi lagu.
5. Lebih baik memilih latar belakang yang bergerak untuk merakam video ini, seperti dekat tepi jalan (kerata bergerak), taman permainan (pokok bergoyang) supaya tidak jadi Video One Shot Two Layer.

Link Video One Shot Three Layer: https://www.youtube.com/watch?v=msZ_n0F6S-8




Selepas merakam Video One Shot, Video One Shot Two Layer dan Video One Shot Three Layer, saya dapat membezakan apa yang beza dan apa yang perlu memberi perhatian semasa merakam video.

BBM3410/18: Papan Cerita

Pada minggu sembilan, tugasan kami adalah kami menyiapkan papan cerita, iaitu setiap kumpulan perlulah mencipta satu e-majalah. Dalam e-majalah tersebut,setiap kumpulan hendak mengandungi satu produk yang ingin dipromosi. Oleh itu, untuk kumpulan saya, produk yan ingin kami promosi dalam e-majalah ini ialah baju. 

Dalam e-majalah ini, kami juga perlu memberi perhatian kepada perkara-perkara tersebut:

1. Perlu mempunyai 10 muka surat.
2. Setiap orang perlu menyiapkan satu muka surat.
3. Gambar mestilah lukis dengan tangan, tak boleh print dari Internet.
4. Tulisan juga sama, setiap orang perlulah menulis dengan tangan, tak boleh guna komputer.
5. Muka depan mestilah nama kumpulan.
6.. Setiap muka surah (di bawah kanan) perlulah adalah QUOTE (bersama dengan citation).
7. Perlu hantar pada hari jumaat sebelum 2pm.



Bahagian yang telah saya lakukan ialah baju sukan lelaki. Semasa melakukan tugasan ini, cabaran yang paling besar untuk saya adalah melukis kerana saya  tak pandai melukis sejak kecil. Oleh itu, saya telah menghabiskan sebanyak 2 jam untuk melukis 4 helai baju. Walau bagaimanapun, saya tetap menyiapkan bahagian saya dengan baik.

BBM3410/18: Asas Grafit


Dalam tugasan Asas Grafik , kami perlu mengguan gambar-gambar yang sedia ada dalam majalah lama untuk menyiapkan tugasan ini. Kami perlu mencari lima gambar yang sesuai dalam majalah supaya dapat menyesuaikan dengan lima tema yang yang ditetapkan oleh Prof Normaliza. Tema yang ditatapkan oleh Prof adalah Warna, Keseimbangan, Kesesuaian, Text dan Mudah. Gambar untuk setiap tema perlulah mengikut syarat-syarat tertentu.

Untuk tema Warna, syarat-syarat adalah:
1. Gambar perlulah mempunyai warna yang cantik dan menarik.
2. Gambar boleh fokus pada apa-apa objek, tak kira pemandangan, benda ataupun orang.


Untuk tema keseimbangan pula, syara-syarat adalah:
1. Gambar tersebut perlulah nampak harmoni, bermaksud kira dan kanan perlu seimbang, atas dan           bawah juga perlu seimbang.
2. Gambar pemandangan lebih sesuai untuk tema ini.

Untuk tema kesesuaian pula, syarat-syarat adalah:
1. Gambar ini perlulah nampak dengan sesuai dan logik.
2. Contohnya, gambar sebuah epal di dalam bakul. Situasi ini adalah logik dan biasa.

Untuk tema Text, syarat-syarat adalah:
1. Perlu mempunyai tulisan dalam gambar tersebut.
2. Gambar tentang produk promosi agar sesuai untuk tema ini.

Untuk tema Mudah pula, syarat-syarat adalah:
1. Gambar dapat nampak dengan jelas.
2. Gamba mudah difaham oleh orang., seperti gambar sebuah epal.



Kesimpulannya, ilmu yang saya dapat adalah tahu bagaimana membezakan jenis-jenis gambar dalam majalah. 

Jumaat, 16 November 2018

BBM3410/18: Bosan Sangat Minggu Ini.


Sebenarnya, saya mempunyai beberapa tugasan yang perlu lakukan pada minggu ini. Tetapi, saya masih tiada mood nak lakukan tugasab-tugasan itu. Oleh itu, saya pun ajak kawan pergi ke shoping mall untuk window shapping sahaja supaya saya tidak akan rasa bosan dan membuatkan mood saya jadi lebih baik.  

            Pada hari sabtu ini, saya sudah ajak kawan pergi ke The Mine Shopping, tetapi, dia ada hal kecermasan perlu lakukan. Oleh itu, gathering kami terpaksa dibatalkan dan saya pun juga terpaksa tinggal di dalam kolej lah. Haizzz!

            Disebabkan tiada tempat yang saya boleh pergi, saya pun tinggal dalam bilik kediaman kolej sahaja dan menonton wayang dan drama dalam bilik je lah, tak pergi mana-mana pun. Aiyo! Weekend minggu ini sangat bosan lah! Saya nak keluar jalan-jalan! Siapa nak ajak saya?

(T_T)





BBM3410/18: Pengalaman Yang Tidak dapat Dilupakan.


Pada hari khamis dan hari jumaat minggu ini (15/11/2018 dan 16/11/2018), ahli kumpulan kami telah berkumppul bersama untuk membincang tugasan minggu ini. Oleh iu, kami telah berkumpul di Dewan Putra 2, Koleh Serumpun untuk membincang lagu yang kami ingin guna untuk video kami ini dan juga membincangkan tanggungjawab masing-masin dalam video ini.

            Dalam perbincangan dua hari ini, kami telah membuat banyak latihan, seperti menghafal lirik lagu, mengingat gerakan badan untuk menari tarian dan melakon mengikut suasana lagu. Saya dan ahli kumpulan telah memghabis banyak masa untuk melaksanakan tugasan ini. Oleh itu, kami sangat berharap bahawa Prof Normaliza boleh minati video kumpulam kami.

            Kesimpulannya, saya sangat hargai pengalaman mencipta video kerana saya dapat menjalin hubungan yang lebih rapat dengan ahli kumpulan.






BBM3410/18: Pembentangan yang berjaya.


Pada kuliah minggu 9, iaitu 12/11/2018, aktiviti yang dijalankan dalam kelas adalah Pembentangan One Shoot Video. Setiap kumpulan perlulah menayangkan video masing-masing dalam pembentangan tersebut. Dalam video tersebut, kami perlulah menyanyi satu lagu Melayu dan juga perlulah menari mengikut melodi lagu tersebut.

            Selepas pembentangan tersebut, Saya berasa sangat gembira kerana Prof memuji video kumpulan saya. Selepas itu, Prof Normaliza telah memberi komen kepada setiap kumpulan supaya mereka dapat  membetulkan kesilapan dengan segera. Bukan itu sahaja, Prof Normaliza juga ada memberi tugasan yang perlu kami lakukan pada minggu ini.

            Untuk tugasan minggu ini, Prof Normaliza telah menyuruh kami mengambil satu One Shoot Video Two Layer. Prof juga ada memberi sikit penjelasan tentang video ini supaya kami boleh menghasilkan video ini dengan lebih baik dan lebih menarik.

Link Video: