Khamis, 27 September 2018

BBM3410/18: Hasilan Yang Habiskan Masa Setengah Hari


Pada hari ini, saya berasa sangat letih. Walau bagaimanapun, saya juga berasa sangat gembira. Hal ini disebabkan saya telah menghabiskan banyak masa untuk menyiapkan sebuah hasilan yang bermakna. Pada kuliah hari ini, Prof Normaliza telah mengagihkan tugasan kepada kami. Bliau juga menjelaskan apa yang hendak kami buat supaya kami dapat melaksana tugasan ini dengan teliti dan baik. Selepas itu, Prof juga mengagihkan satu tugasan lagi kepada kami, iait kami perlulah menggunakan majalah untuk mencari gambar-gambar yang mempunyai sifat mudah, kesesuaian, keseimbangan, text dan warna. Selepas itu, gambar-gambar yang telah kami cari perlu tampal di atas mounting board. Walaupun tugasan ini cuma mencari gambar dan tampal gambar sahaja, tetapi tugasan ini juga dapat melantih kami sebagai seorang jurugambar yang lebih profesional.

Rabu, 26 September 2018

BBM3410/18: Kali Pertama Jumpa Dengan Prof Normaliza Yang Cantik






Pada kuliah yang pertama, Prof Normaliza telah menjelaskan Pembahagian Rangka kursus. Prof telah memberitahu kami cara pemarkahan serta mengingatkan kami membeli buku teks kursus ini. Beliau menjelaskan dengan teliti supaya semua pelajar dapat memahami kuliahnya.

Seterusnya, Prof Normliza telah menjelaskan cara pemakaian yang sepatutnya dipatuhi oleh setiap pelajar dalam kuliah tersebut. Hal ini disebabkan Prof berharap semua pelajar dapat memakai pakaian yang sesuai dan sopan semasa kuliah.

Di samping itu, beliau juga mengingati bahawa kami supaya membawa bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan kerja kursus pada kuliah yang seterusnya. Cotoh bahan yang perlu kita disediakan adalah gunting, majalah, pisau, reben, mounting board dan sebagainya.

Pada pandangan saya, saya berasa Prof Normaliza merupakan seorang pensyarah yang sangat baik dan cemerlang selepas kuliah ini. 

BBM3410/18: Suka atau tak suka, inilah saya.




Selamat Sejahtera, nama saya Wong Jian How, umur saya sekarang adalah 23 hahun. Saya dari Johor, Labis. Saya sekarang belajar di Universiti Putra Malaysia (UPM). Kawan saya suka panggil saya Wong atau How.

Saya ialah seorang yang suka melancong. saya suka melancng dengan ahli keluarga semasa cuti sekolah. Saya juga suka makan makanan yang sedap. Saya paling suka makan pinang laksa dan nasi goreng ayam kunyit. Bukan itu sahaja, saya juga suka minum air manis walaupun saya tahuair manis akan menjejaskan kesihatan saya.

Tambahan pula, saya juga mempunyai banyak cita-cita sejak kecil. Tetapi, cita-cita saya pada sekarang ialah menjadi seorang pengawai kerajaan pada masa depan. Hal ini disebabkan saya tidak suka bersaing dengan orang lain. Saya rasa kehidupan kita mestilah hidup dengan gembira, bukanah hidup dengan tekanan dan bersaing.

Baiklah, melalui maklumat di atas, saya harap anda semua dapt lebih mengenai saya. terima kasih.